Monday, 17 March 2014

Dilemma...

Aku sedang di dalam dilemma. Lebih kepada bidang pekerjaan yang aku pilih. Aku dah terasa bidang yang aku pilih sekarang ini adalah bidang yang sangat tak kena dengan aku. Mana taknye, aku dah 10 tahun dalam bidang IT. Hanya kerana aku tak suka dengan polisi HR di company lama dulu, aku memilih bidang yang baru di sebuah company yang popular di mana tempat aku bekerja sekarang.

Dah hampir 5 bulan aku bekerja di sini. Segalanya macam tak kena. Kena marah tu ok lagi, tapi bila seseorang dah question kerja aku kerana mereka expect aku buat lebih daripada tu dan kemuncak dilemma ini adalah apabila aku yang sepatutnya report direct kepada boss aku yang seorang VP, tetiba bertukar aku report kepada seorang yang report kepada AVP. Maknanya dulu aku hanya satu tangga je, skang aku kena lalui dua tangga. 

Aku takdelah nak bertanya kenapa dah jadi macam tu. Aku cuma andaikan yang aku ni bekas orang teknikal. Otak aku teknikal. Tapi otak mereka bukan teknikal. Otak teknikal dan otak bukan teknikal selalunya tak ngam. Aku bagi view begini, diorang fikir lain. Diorang bagi view begitu, aku pulak fikir lain. Kiranya apabila berbincang, tiada kata putus sangat. Mungkin sebab itu boss aku yang VP tu suruh orang bawah dia takeover untuk jaga aku pulak.

Lepas tu pulak, aku fikir pasal kerja yang aku buat sekarang ni. Aku rasa orang fresh graduate pun boleh buat kerja ni sampaikan aku jadi bosan. Tak challenging. Dah la tak challenging pastu buat benda yang agak susah untuk cari. Kiranya kerja luar agak membahayakan diri. Takut orang ikut balik ke apa ke.

Pada awal-awal aku masuk kerja dulu, punya la semangat datang ofis. Meeting sana sini. Being encouraged by boss almost every week. Now semua tu dah takde. Memanjang berat hati je nak gi ofis. Rasa macam tak berkembang je otak. Dengan perangai "supervisor" yang aku baru report ni terlalu meticulous dan remeh dan asyik nak update je, lagi buat aku rimas.

Faham2 je la, dulu kerja bidang IT, mana ada documentation sangat, mana ada benda remeh, mana ada benda yang nak kena ikut je satu2 tu. Bidang IT is all about creativity to solve something. Dulu senang je buat decision, bila orang tanya aku, dengan cepatnya aku boleh jawab tanpa melihat buku. Sekarang, di sini aku tergagap-gagap. Aku blur. Aku sentiasa tak confident dengan apa yang aku perlu buat. Bila aku dah buat, banyak pulak komen daripada "supervisor" tu.

Talking about salary. Of course tempat kerja sekarang lagi tinggi. HR pun bagus. Cuti 20 hari. Masuk kerja kul 9.30am pun boleh. Balik kul 5 pun boleh. Takde punch card. Tapi takat itu je la.

Dulu kat company lama, cuti sikit, masuk kerja kena on time dan ada thumb print. Nak keluar memana kena ada bukti. Agak leceh. Tapi aku happy dengan kerja yg aku buat. 

So sekarang ni, aku dah gi jumpa boss kat company lama, dia kata dia lagi suka kalau aku masuk balik. Tapi gaji tu dia tak sure sebab terpulang kepada boss yang lebih besar. Just that aku kena tabah dengan HR je la.

Dan kerja aku di company sekarang ni buat aku rasa tak happy. Bukan tak happy dengan environment, tapi tak happy dengan cara kerja tu. Aku rasa aku tak boleh nak bagi apa yang boss aku expect dalam masa terdekat. Dia expect aku buat kerja ni macam aku dah 10 tahun dalam bidang ni. Padahal aku pun baru lagi. Dia nak aku buat research itu ini dan sentiasa proaktif. Aku masih blur dalam bidang ni. Aku perlukan masa at least setahun untuk betul2 master. Tapi dia tak sabar dan dia bagi orang lain untuk handle aku. Aku terasa macam jatuh pangkat. Dah la tak jumpa aku untuk inform pasal ni, just macam tu je. Tak respect langsung.

So sekarang ni aku dalam dilemma untuk teruskan bekerja di sini atau kembali ke tempat kerja lama. Oh ya, di tempat kerja lama, aku buat kerja2 yang lebih senior dan aku ada kuasa untuk membuat keputusan dan aku juga ada kuasa untuk propose sesuatu untuk menjadikan company tu lebih senang dan berjaya. Dan di sana orang akan cari aku kerana aku adalah specialist dalam suatu pekerjaan itu. Kiranya di sana aku dihargai juga.

Kebetulan aku dah ada MBA. Nak juga naik tangga menjadi manager. Tapi jadi manager bukannya senang. Bagi aku, cukup sekadar duduk di bawah manager dan belajar lebih lagi sebelum betul2 bersedia untuk menjadi manager. Asalkan dapat gaji yang aku expect pun ok. Atau lebih sikit daripada apa yang aku dapat sekarang pun dah cukup bagus.

Aku sekarang hanya mencari kepuasan dalam pekerjaan. Tiada gunanya mengejar untuk menjadi manager atau pangkat yang lebih tinggi tapi tiada kepuasan kerja, tiada semangat dan akhirnya kerja semua jadi kalut. Nanti KPI pun rendah. Baik buat suatu pekerjaan yang memberi kepuasan, berpengetahuan luas dan passionate. Gaji itu jadi nombor 2 kerana apabila datangnya kepuasan, InsyaAllah gaji itu akan naik seiring dengan usaha.

Aku masih lagi memikirkan hal ini. Aku perlukan pendapat para pembaca dan rakan-rakan sekalian.

Monday, 23 December 2013

Ada saje...

Sejak bulan Oktober sampai bulan Disember ni, banyak sungguh aku spend. Bulan oktober hari tu apa ntah aku beli, tapi ianya keperluan. Bulan November pulak roadtax & insurans kereta berjumlah RM1,285. Selang dua minggu lepas tu kena ganti keempat-empat tayar kereta aku pulak. Sebijik dah RM390. Kalau empat bijik dah RM1,560. November saje dah nak dekat 3k untuk keperluan yang jarang digantikan. Terduduk jugak la aku.

Lepas tu aku gi konvo kat UUM. Habis dalam 1k jugak untuk perbelanjaan semua. Nasib baik tak duduk hotel, duduk di rumah pakcik aku je. Aku hulur RM100 kat pakcik aku masa aku nak balik. Kena la hulur, dah menumpang rumah dia. Masa aku gi Padang Besar, aku belanja tak sampai RM30. Memang jimat. Sebab? Sebab aku tak berminat dengan barang2 di sana. Aku hanya beli pakaian untuk anak aku je.

Semasa konvo pula, aku habis RM200 untuk gambar studio dan gambar dalam dewan. Belasah je la kan. Benda yang beberapa kali je dalam hidup. Kalau aku sambung PhD, boleh la konvo lagi sekali.

Dan hari ni, tayar skuter aku nak kena ganti dah. Dah botak sebelah tayar depan. So aku gi kedai motor dan ganti tayar depan. Habis RM265. Terpaksa guna kad kredit sebab cash nak guna untuk benda lain. Sedap pulak tayar baru nih. Berhabis duit untuk tayar tu satu investment. Sebab tayar tu penting untuk keselamatan. Jangan berkompromi dengan tayar murah nanti buruk padahnya.

Bulan depan aku akan ikut ayah aku gi Padang - Bukittinggi - Pekanbaru, Indonesia selama 5 hari 4 malam. Tiket AirAsia murah je dalam RM130 all in. Bukittinggi adalah tempat kelahiran ayah kepada ayah aku iaitu atuk aku. So, ni first time aku melawat tempat asal dan keturunan aku. Mula2 ayah aku nak gi dgn cousin dia je. Diorang dah beli tiket dulu. Aku lak tetiba gatal tangan tengok tiket AirAsia dan terus beli. Lagipun ayah aku ni ada kencing manis. Baik aku gi sana jaga pemakanan ayah aku sekali. Aku lak memang suka masakan padang nih. Mau membesar aku kat sana nanti.

Selepas trip Bukittinggi tu, next trip adalah ke Jakarta & Bandung pada bulan Ogos 2014 dengan seluruh family aku. Looking forward for the trip. Dan selepas tu, kalau ada rezeki, nak plan untuk gi New Zealand selama 17 hari dengan seluruh family aku. Baru best.




Tuesday, 19 November 2013

Entri Pertama : Tahukah anda?

Aku sampai sekarang tak faham kenapa masih lagi ada orang suka drive ikut speed limit di lorong kanan sekali dan maintain di lorong tersebut.
Takkan tak belajar lesen L dulu kot.
Mengikut undang-undang, lorong kanan hanya untuk memotong.
Kalau nak cruise ikut speed limit atau kurang, pandu di lorong tengah.
Kalau nak memotong, barulah masuk ke lorong kanan.
Selepas potong, masuk ke lorong tengah semula.

Bila kereta lain yang lebih laju bagi high beam di lorong kanan, kita marah.
Padahal kita takde hak nak marah sebab lorong itu memang untuk memotong.
Kalau kita lebih perlahan, kita hanya perlu ke lorong tengah.
Bukan hanya buat taktau dan teruskan pemanduan di lorong kanan.
Ini sikap ego namanya.
Dah la ego, bodoh sombong pulak tu.
Menyusahkan orang lain je.

Mereka yang drive di lorong tengah ni pulak terlampau slow.
Speed limit 110km/j tapi bawak 60-80km/j di lorong tengah.
Sebab itu ramai pemandu yang suka bawa di lorong kanan disebabkan mereka yang slow.
Dan akibatnya, berderet kereta di belakang menunggu untuk memotong.
Ataupun berderet kereta di belakang terpaksa mengikut kelajuannya.
Lalu terjadilah traffic jammed yang orang kata "jem bodoh".
Sebab apa jem bodoh?
Sebab jalan sesak, ingatkan ada accident atau kereta rosak.
Rupanya takde benda.
Tiba-tiba je jalan smooth balik.
Jalan sesak hanya sebab pemandu slow di lorong yang tak sepatutnya.
Selfish betul orang yang bawak slow ni.

Kerajaan patut membuat had kelajuan pada setiap lorong, tidak kira di lebuhraya atau jalan biasa.
Kerana makin ramai pemandu yang menyakitkan hati.
Makin ramai pemandu yang dapat lesen tipu.
Makin ramai pemandu yang taktau undang-undang.

Dan makin ramai pemandu yang ikut sukahatije.